NABI MEMAKAI CINCIN
Nabi kita Muhammad S.A.W
juga ada memakai cincin. Tetapi cara memakainya itu tidaklah
keterlaluan iaitu tidak lebih dari dua bentuk cincin sahaja. Terkadang
dipakainya satu sahaja, terkadang di jari tangan kanan dan ada kalanya
di jari tangan kiri.
Sangat
berlainan pula dengan orang di zaman sekarang, di mana orang di zaman
kita ini apabila berminat dengan cincin dipakainya sepuluh jari dengan
sepuluh cincin. Wah jauh sekali perbezaannya ya?
Dan adalah cincin-cincin Nabi itu dipebuat daripada perak dan permatanya daripada Akik. Dan pernah sekali Nabi Muhammad S.A.W
memakai cincin emas iaitu waktu sebelum diturunkan lagi ayat yang
melarang orang laki-laki memakai emas. Kemudian apabila diturunkan ayat
itu maka nabi pun segera menanggalkannya dan menyuruh sekalian
sahabat-sahabatnya yang memakai cincin emas supaya menanggalkannnya.
Gambar sekadar hiasan |
Nabi kita Muhammmad S.A.W
itu memakai cincin pada jari manisnya yang kanan atau kiri, dan
terkadang Nabi juga memakai pada jari kelingkingnya kanan dan kiri.
Terukir pada cincinnya itu Muhammad Rasulullah iaitu Nabi
mengukir namanya di atas cincin itu, dan perbuatan Nabi itu juga sebagai
membolehkan ke atas umat-umatnya mengukir nama si pemakai di atas
cincinnya itu, bukan nama Nabi Muhammad Rasulullah sebagai mana yang terdapat dalam hadis Nabi S.A.W:
Ertinya:Diriwayatkan daripada sahabat Nabi S.A.W yang bernama Anas bin Malik RA. Katanya, adalah ukiran atau tulisan pada cincin Nabi Muhammad S.A.W itu tiga baris pertama Muhammad, kedua Rasul dan ketiga Allah.
Dan
tersebut di dalam kitab Bahrulmazi, bahawa telah ijmak sekalian umat
Fekah, sesungguhnya makruh hukumnya memakai cincin di jari telunjuk atau
jari tengah atau ibu jari, kerana Nabi tiada memakai cincinnya pada
jari-jari tersebut. Dan makruh juga hukumnya bagi perempuan memakai
cincin perak kerana cincin perak itu ketentuan bagi laki-laki.
KE MANA HILANGNYA CINCIN NABI S.A.W
Tersebut
di dalam hadis Sohih Bukhari dan Muslim yang diceritakan daripada
seorang sahabat yang bernama Anas bin Malik RA katanya, adalah cincin
Nabi S.A.W yang terukir Muhammad Rasulullah itu pada masa hayatnya
selalu dipakainya, kemudian setelah wafatnya Nabi S.A.W dipakai pula
oleh Sayyidina Abu Bakar RA, kemudian setelah wafatnya Abu Bakar RA
dipakai pula oleh Sayyidina Umar RA, kemudiannya lagi setelah wafatnya
Sayyidina Umar RA, dipakai oleh Sayyidina Usman RA. Dan adalah lama masa
yang dipakai oleh Sayyidina Usman itu adalah selama 7 tahun, kemudian
pada satu hari pergi Sayyidina Usman ke sebuah perigi yang bernama Aris
dan duduk ia di tepi perigi itu. Kemudian dimain-mainkan cincin di
jarinya itu, tiba-tiba cincinnya jatuh ke dalam perigi. Maka kata Anas
bin Malik RA yang menceritakan hadis ini kami turun ke dalam perigi itu
untuk mencarinya, kami keringkan airnya tapi tiada kami jumpainya, maka
berulang alik kami ke perigi itu selama tiga hari namun semuanya hampa.
Maka
semenjak dari masa hilangnya cincin Nabi saw itu, keadaan menjadi huru
hara, dan terjadi berbagai-bagai perselisihan di antara kaum Muslimin
dan timbulnya berbagai-bagai pemberontakan. Juga terjadinya peperangan
dan pembunuhan sehinggan Sayyidina Usman sendiri berjaya dibunuh oleh
pemberontak-pemberontak tersebut. Dan keadaan ini berterusan sehingga ke
zaman kita sekarang. Dan mungkin berterusan hingga hari kiamat. Maka
jika perhatikan daripada peristiwa itu akan kita temui satu kesimpulan
bahawa cincin Nabi S.A.W itu mempunyai rahsia seperti mana cincin Nabi
Sulaiman AS, iaitu apabila hilang cincinnya itu maka hilanglah
kerajaannya.
0 komentar:
Posting Komentar