MENYELONGKAR MITOS PESAWAT MUNCUL KEMBALI SELEPAS HILANG SELAMA 35 TAHUN | Sejak beberapa hari ini pelbagai cerita mitos muncul di susur masa media sosial berkenaan kehilangan MH370.
Ada beberapa mitos telah kami jawab untuk mendapat jawapan berkenaan kenapa Google Earth tidak digunakan dalam operasi menyelamat. Mengapa kapal selam Scorpene tidak dihantar untuk mencari MH370 dan sedikit informasi mengenai penggunaan black box.
Ada beberapa mitos telah kami jawab untuk mendapat jawapan berkenaan kenapa Google Earth tidak digunakan dalam operasi menyelamat. Mengapa kapal selam Scorpene tidak dihantar untuk mencari MH370 dan sedikit informasi mengenai penggunaan black box.
Sebentar
tadi susur masa Twitter kami menerima satu lagi soalan dari pembaca
yang mengatakan ada teori baru kononnya ada pesawat yang hilang selama
35 tahun dan muncul semula pada tahun 1993. Link video dibawah diberikan
kepada kami sebagai bukti kesahihan cerita ini.
Baiklah
mari kita musnahkan cerita bohong tahap sinetron murahan ini dengan
menggunakan fakta. Kami sedari kenapa cerita macam ini mendapat tempat
di hati Malaysian. Ya kami sedari ramai yang mahu fikir positif bahawa
penumpang MH370 selamat tetapi disorokkan djinn and aliens or whatever
shit you believe in. Truth of the matter is rakan-rakan sekalian cerita
di atas tidak ada bukti pernah berlaku sama sekali.
"Berita"
di atas dimuat naik pada Julai 2013. Ianya diambil dari siri TV
Indonesia On The Spot. Ia memaparkan berita "aneh", "misterius" dan
"angker" yang berlaku seluruh dunia. Jadi bolehlah dikatakan siri On The
Spot ini ialah siri TV Mastika edisi Bung Karno. Di bawah ialah sebuah
lagi klip rangkuman "berita misterius" dari seluruh dunia yang
dilaporkan oleh rancangan ni.
Spot
a trend yet? Rancangan ini meletakkan berita random dan video viral
palsu sebagai berita sahih. Maka disini anda sepatutnya sudah boleh
mempertikaikan kesahihan cerita pesawat mendarat selepas 35 tahun
menghilang.
Kami melakukan sedikit carian di internet dan laporan paling awal mengenai cerita ini kami jumpai di laman Socyberty.
Entri cerita ini ditulis pada 28 Mac 2011. Tetapi ada perbezaan ketara
diantara cerita yang dilaporkan di Socyberty dengan cerita yang
dilaporkan di On The Spot.
1.
Dalam laporan asal kejadian berlaku pada tahun 1946 bukannya 1945.
Sebuah pesawat Lockheed Constellation dikatakan hilang ketika dalam
perjalanan dari Rio De Janiero ke Havana Cuba.
2.
Dalam laporan asal pesawat mendarat secara tiba-tiba di Bogota Colombia
pada tahun 1993 bukannya di Porto Allegre Brazil pada tahun 1980.
Perbezaan hilang selama 47 tahun ataupin 35 tahun bergantung kepada
cerita mana yang anda mahu percaya.
4.
Laporan asal juga lebih terperinci kerana mengatakan masih terdapat
kopi yang masih panas dan rokok yang masih berasap di dalam kabin berisi
penumpang yang kini hanya tinggal rangka.
Seterusnya mari kita lihat senarai penuh kesemua insiden kecelakaan yang melibatkan pesawat Lockheed Constellation.
Kepada
yang kurang arif Lockheed Constellation ialah pesawat yang popular pada
waktu itu dan adalah yang paling canggih boleh digunakan syarikat
penerbangan. Pesawat jenis ini juga digunakan Presiden Dwight Eisenhower
sebagai pesawat rasmi beliau semasa memegang jawatan Presiden Amerika
Syarikat.
Senarai penuh kesemua kecelakaan melibatkan Lockheed Constellation boleh anda akses melalui pautan ini.
Diantara 1945-1946 berlaku 6 insiden kemalangan melibatkan pesawat ini.
Kesemua melibatkan kemalangan yang berlaku di Amerika Utara melibatkan
pesawat milik Pan Am, TWA Airline dan sebuah milik Tentera Udara Amerika
Syarikat. Kesemua pesawat yang terhempas berjaya ditemui.Tiada yang
hilang.
TIADA
insiden melibatkan pesawat yang terbang dari Rio De Janeiro ke Havana
diantara 1945-1946. Kemalangan pertama pesawat ini di Amerika Selatan
dilaporkan pada tahun 1955 apabila pesawat milik Panair Do Brasil
terhempas ketika cuba mendarat kerana melanggar sebatang pokok. Seramai
16 dari 24 penumpang meninggal dunia. Pesawat berjaya ditemui. Sebuah
lagi insiden berlaku pada tahun1959 melibatkan pesawat Lufthansa yang
terhempas ketika cuba mendarat di Rio De Janeiro akibat cuaca buruk.
Hanya 3 dari 39 anak kapal terselamat. Sekali lagi pesawat ditemui.
Jadi
terbukti tiada rekod langsung ada pesawat dari jenis ini hilang
sepanjang ianya digunakan oleh syarikat penerbangan seluruh dunia.
Kami kemudian melakukan carian senarai pesawat penumpang yang hilang dan sehingga kini tidak ditemui. Hasilnya ialah senarai lengkap pesawat yang hilang dan tidak ditemui sejak 1856 sehingga 2014. Tidak ada satupun pesawat di dalam senarai ini dalam perjalanan dari Rio ke Havana.
Jadi apa konlusi kami mengenai cerita yang sedang HEBAT dikongsi di laman sosial sekarang?
0 komentar:
Posting Komentar