NAHAS MISTERI HELIKOPTER DI BARIO
TAHUN 2004 - TUHAN MENUNJUKKAN KEKUASAAN KERAJAANNYA | Peristiwa
kehilangan sebuah helikopter di Bario, Sarawak pada Julai tahun ini
(2004) tiba-tiba menjadi satu misteri yang menggemparkan banyak pihak.
Setelah hampir 20 hari pencarian dilakukan oleh hampir 2000 tenaga manusia dan alat teknologi tercanggih, akhirnya helikopter itu ditemui juga dengan bantuan orang-orang yang dekat dengan Allah, yang berusaha takut dan cinta Allah dengan sebenar-benarnya. Parlimen Malaysia sudah hampir mahu memberhentikan operasi pencarian, tidak berapa lama sebelum helikopter itu ditemui.
Setelah hampir 20 hari pencarian dilakukan oleh hampir 2000 tenaga manusia dan alat teknologi tercanggih, akhirnya helikopter itu ditemui juga dengan bantuan orang-orang yang dekat dengan Allah, yang berusaha takut dan cinta Allah dengan sebenar-benarnya. Parlimen Malaysia sudah hampir mahu memberhentikan operasi pencarian, tidak berapa lama sebelum helikopter itu ditemui.
Fuselaj masih utuh, walau ‘terhempas’ dengan petrol full-tank. |
Dalam Laporan Rasmi Nahas Yang Dikeluarkan pada 7 Julai 2005, menyatakan ‘hieraki kuasa’ antara juruterbang dan penumpang sebagai salah satu faktor terhempasnya helikopter itu. |
Muqaddimah
Telah Bersabda Sulaiman
” Wahai orang-orang mulia, siapakah diantara kamu yang boleh membawa kepadaku tahta kerajaan Ratu Saba’ itu sebelum mereka datang tunduk kepadaku?”
Berkata Ifrit di antara Jin
” Saya dapat membawanya kepadamu sebelum engkau berdiri dari majlis ini, sesungguhnya saya kuat lagi jujur”
Berkata seorang manusia yang di sisinya ada ilmu dari Kitab ” Saya boleh membawanya kepadamu dalam sekelip mata” AnNaml: 38-39
Kaedah
bomoh atau dukun biasa telah gagal dalam menghadapi kes ini. Berbagai
jenis bomoh dari berbagai agama mencuba berbagai alatan perbomohan
bersama jampi serapahnya tetapi sia-sia. Apa sebenarnya berlaku?
-
Helikopter Bell 206 Long Ranger kepunyaan Hornbill Skyways membawa
seorang Menteri Sarawak, Dr Judson Sakai Tagai, bersama-sama lima orang
yang lain dan dikemudi oleh juruterbang Kapten Shamsudin Hashim, yang
satu-satunya Muslim, bertolak pada tanggal 12 Julai 2004, Selasa
12.15pm. Perjalanan melintasi Bario bertujuan meninjau lokasi sesuai
untuk pembinaan projek empangan hidro-elektrik baru di Sarawak.
-
Baru 3 minit berleps, helikopter itu terputus hubungan dengan menara
kawalan dan terus hilang. Perjalanan sepatutnya mengambil 20 minit ke
destinasinya iaitu Ba’kelalan.
-
Yang menjadi pertanyaan, mengapa helikopter tidak sempat menghubungi
menara kawalan atas kerosakannya padahal baru sahaja berlepas 3 minit.
- Isyarat kawalan automatik yang ada fungsi GPRS juga tidak berfungsi menunjukkan lokasi terhempasnya
-
Operasi mencari dimulakan seawal 2 petang. Persekitaran di mana
logiknya helikopter itu jatuh dan sekitarnya akhirnya sudah digelidah 25
pesawat dan 2000 orang pencari terdiri dari PDRM, TUDM, RAMD, TNI-AD,
dan bermacam-macam lagi pasukan, termasuk penduduk kawasan sekitar di
situ termasuk penduduk negara jiran Indonesia.
-
Termasuk sebuah helikopter dari Australia yang lengkap dengan sistem
pengesan haba infra-red yang mampu mengesan perubahan suhu, merakam
gerakan visual dan mengesan kewujudan jarak di dalam hutan, misi dibantu
2 pakar warga Australia.
-
Helikopter de Orient dari USA yang mampu mengesan sehingga syiling
sebesar 10 sen tidak mampu mengesan helikopter itu, tetapi satu
jentolak/jentera pengangkut balak yang buruk dan berkarat dapat
dikesannya
- Pakar teknologi satelit dan pemetaan berbangsa Afrika dari badan Perhutanan Serawak
- Pesawat bantuan juga datang dari Singapura, Brunei dan Korea Selatan
Maklumat
sebenar tentang apa yang terjadi kepada helikopter itu telahpun
didapati oleh penaung Skylab (Ustaz Ashaari Muhammad) seelok sahaja
helikopter itu hilang, secara alam kerohaniannya.
* Skylab adalah satu persatuan gabungan doktor-doktor kerohanian dan doktor-doktor fizikal termasuk doktor pakar dari bidang medical dan dentisry yang bekerja dengan kerajaan, universiti, tentera dan private practise*
-
Setelah hari kelapan barulah Skylab campurtangan dalam kes ini kerana
pada peringkat awalnya pihak kerajaan menolak pertolongan penaung Skylab
dan anak buahnya.
Surat pihak Skylab, wakil Ustaz Ashaari Muhammad menawarkan bantuan. |
- Pihak kerajaan terbahagi dua dalam menerima kehadiran Skylab, tetapi pihak Ketua Menteri Sarawak menerima
permohonan Skylab untuk membantu apabila Ketua Menteri mendapat
maklumat dari bomoh bahawa helikopter itu hilang kerana ditutup oleh jin dengan berlapis- lapis tutupan yang sangat tebal. Dan mereka berkata hanya orang yang bersembahyang sahaja yang mampu membuka tutupan itu.
Sebelum
dua orang doktor kerohanian Skylab menyertai operasi, mereka
bermesyuarat bersama-sama anggota Skylab lain dengan guru mereka Ustaz
Ashaari di Labuan.
Seperti yang diduga mereka dapat melihat dengan jelas ‘seorang’ wakil jin
yang menyerupai manusia bernama Al dihantar oleh pembesar jin bernama
Zar. Tujuh pengiring Al menunggu di luar an tidak masuk ke bilik
mesyuarat. Tidak semua member Skylab mampu melihatnya, mereka ini hanya
merasa kehadiran makhluk Allah ini dengan hati.
Jin
bernama Al yang mewakili pembesar Zar ini meminta manusia membayar
segala kerosakan yang ditanggung oleh penduduk jin akibat pencerobohan
helikopter itu ke daerah mereka,merosakkan rumah-rumah mereka, membunuh
seramai 37 bangsa jin, lagipula tujuan asal manusia itu bertujuan
meninjau kawasan pembuatan empangan hidro-elektrik baru yang akan
memusnahkan bandar dan perkampungan jin di Bario.
Syaratnya adalah menebus dosa manusia ini dengan mengeluarkan sedikit wang, lalu menyembelih seekor kambing dan dijamukan kepada para fakir miskin
yang tinggal di rumah atas air di Labuan. Jikalau manusia sanggup
melakukannya, barulah perundingan melepaskan barang tawanan dimulakan.
Makhluk
jin yang marah itu yang saiznya boleh membesar sebesar gunung telah
mencekup helicopter tersebut dan dibawa ke alam mereka, lalu menutupnya
dari pandangan mata kasar manusia. Lalu Skylab mengeluarkan RM 400.00
untuk mengadakan jamuan kepada jemaah masjid atas air di Labuan, sebelum
menyertai pasukan operasi mencari.
1. Pada 23 Julai 2004 (Jumaat )
selepas sebelas ( 11 ) hari helikopter hilang, Tabib Abdul Rahim Manaf
dan Tabib Hassan Mohd Zain yang berupaya melihat makhluk jin dan
bercakap-cakap dengan makhluk Allah ini, memulakan operasi pencarian
yang pertama bersama-sama pilot Captain George (bangsa Iban) dan seorang
jurubahasa bernama Afendi. Kawasan yang diilhamkan adalah Pa’Longan,
satu kawasan yang tidak diminati kerana terkeluar dari laluan asal dan
bearing helikopter tersebut.
Kedua orang tabib itu dapat melihat adanya helikopter itu dengan jelas di sana – di alam ghaib, cuma di alam lahir lokasi sebenarnya tidak diketahui dan ianya tertutup dari pandangan manusia biasa.
2.
Pada 24 Julai 2004 ( Sabtu ) jam 11.00 pagi, operasi kedua dimulakan.
Pada 11.45 pagi mereka ternampak sebatang pokok yang putus, tinggal kayu
balaknya sahaja menegak, seolah2 kelihatan mungkin kesan helikopter
jatuh. Semasa operasi ini, Tabib Hassan terus-menerus berhubung secara
ghaib dengan Al si Jin Islam.
Masyarakat
jin di situ mempunyai 3 raja adik beradik iaitu Kalamngan, Kalamung dan
Kalapung. Hanya seorang raja yang boleh diajak berunding dengan baik,
yang dua lagi susah diajak berunding. Seorang ini yang akhirnya memeluk
Islam.. hasil perhubungan dan perbincangannya dengan manusia ini.
Perundingan dengan jin mengambil masa yang lama.. bukankah dikatakan sebaik-baik jin itu sejahat-jahat manusia.
Sepanjang operasi pertama itu, Tabib Hassan merayu
” Bukankah kami sudah sembelih kambing dan bersedekah seperti yang disyaratkan, tolonglah beri petunjuk di mana helikopter itu boleh ditemui”
Jawab Jin ” Yalah..kami akan tunjukkan lah ni..!!”
Selepas menentukan lokasi pokok patah itu dan diambil gambarnya, mereka balik untuk solat Zuhur.
Keesokan
harinya kelihatan sudah dua batang pokok yang dicantas jin. Namun
kelibat bangkai helikopter langsung tidak kelihatan di mana-mana kawasan
sekitar ‘petanda’ itu iaitu pokok-pokok yang tercantas tersebut.
3.
Pada 24 Julai 2004 (Sabtu) petang, operasi ketiga – dengan panduan
sistem GPS – Global Positioning System, mereka menuju ke kawasan pokok
patah tadi. Aneh sekali, kerana kali ini dua batang pokok pula yang
patah. Mengiringi helikopter mereka adalah dua lagi helikopter lain,
tetapi penumpang heli kopter utama melihat 2 lagi helikopter lain itu
terlalu kecil,sebesar hujung pena. Seolah-olah mereka sedang berada jauh
di alam lain iaitu alam jin.
Sesudah itu mereka pulang kerana helikopter belum dibuka tutupnya oleh Jin.
Setelah
petunjuk pertama ditemui, seorang ketua kaum Penan – kaum pribumi
Sarawak- telah bergerak ikut darat dengan tujuan mencari helikopter itu,
bila sampai ke kawasan itu dia telah mencantas dahan dan dihalakan ke
udara, kaedah dukun untuk ditunjukkan hala sebenar bau mayat. Tiba-tiba
ribut kuat memukulnya sehingga dia terhempas ke pokok dan patah
giginya. Helikopter penyelamat terpaksa dipanggil untuk menyelamatkannya
Sebuah
helikopter Nuri TUDM, telah menurunkan seorang tentera dengan tali pada
pagi Ahad 25 Julai..Helikopter telah bergegar kuat dan tali itu
berpusing-pusing sampai tentera itu terhempas ke pokok juga. Dia
terpaksa naik semula sebelum sempat memijak tanah.
Sekembalinya
dari operasi ketiga, petang Sabtu 24 Julai, Tabib Hassan mengucapkan
terimakasih kepada Raja Jin 3 beradik diperantarai Al.
Tabib Hassan berkata ” Tolonglah bukakan helikopter itu pula untuk kami dapat lihat”
Jawab Al “ Ya lah..kami akan bukalah!!”
Inilah perangai jin, kerja sehari jadi 3 hari!
4.
Pada 25 Julai 2004 (Ahad) pagi, di kawasan tersebut ada perkembangan
terbaru, di antara dua pokok patah itu, terdapat seolah-olah satu ruang
terjerumusnya helikopter. Tetapi helikopter masih tidak kelihatan. Tabib
Hassan mengeluh..
” Jin, jin mengapa lambat sangat nak buka ni?.”
Aneh
pula, Afendi si jurubahasa kelihatan sangat terganggu perasaannya,
berkeras mahu dihantar pulang ke kampungnya di Miri. Terpaksalah demi
menjaga hatinya, mereka semua terus berlepas ke Miri, padahal sudah
sangat hampirnya dengan penemuan helikopter itu. Operasi diteruskan
juga oleh beberapa yang lain seperti yang diceritakan tadi, tetapi aneh
habis semua terpelanting dikerjakan oleh jin-jin di situ.
Sampai
sahaja di Miri, para tabib itu mendapat arahan dari ustaz Ashaari guru
mereka, supaya bertukar orang, kerana pasukan yang ada tidak cukup
ampuh. Afendi diganti dengan Ustaz Ahmad Zahari iaitu Pengarah Rufaqa’
Sarawak. Di sinilah percaturan Tuhan, di Bario perhubungan telefon
memang terputus, balik ke Miri ada tujuan yang telah diatur oleh Tuhan.
Pada
mulanya Ustaz Ahmad Zahari tidak dibenarkan naik ke helikopter bantuan
menolong usaha mencari oleh Tan Sri George Chan. Semasa sedang bermenung
dan berselawat dan berzikir itu, dia dan Tabib Hassan melihat pihak
tentera membawa 2 ekor anjing pengesan yang terlatih menaiki helikopter
di pengkalan untuk menghidu mangsa di tempat pokok patah itu..
” Kami melihat 2 ekor anjing itu bila dibawa ke helikopter, mereka seperti sangat ketakutan dan berlari ke belakang. Setelah dikejar dan dipaksa naik juga hingga beberapa kali, tetap anjing-anjing itu memprotes. Sehingga akhirnya helikopter itu pergi tanpa anjing. Pada masa yang sama riuh-rendah kedengaran ayam berkokok seolah-olah melihat sesuatu”.
5.
Pada 27 Julai 2004 (Selasa), Tabib Hassan, Ustaz Ahmad Zahari dan
pilot Captain Thomas meredah lagi hutan meneruskan pencarian di lokasi.
Ustaz Ahmad Zahari dengan penuh tawakkal kepada Allah, merenjis air
bacaan doa Ustaz Ashaari ke atas bumi Bario. Diiringi doa anggota Skylab
dan doa ahli Rufaqa’ Sarawak serta guru mereka, pada jam 5.00 petang
helikopter itu dapat dilihat oleh Captain Thomas di tempatnya.
Jin sudah membukanya..tetapi SEBENTAR sahaja, waktu itu sahaja.
Semasa
helkopter itu kelihatan hari sudah hampir malam, walaupun baru jam 5.00
petang di Bario, jadi apa sahaja usaha menghampiri helikopter terpaksa
ditangguhkan keesokan harinya, lagi pula cuaca yang sejuk, berangin
serta keadaan tanah cerun menyukarkan penyediaan landing point dsb.
6.
Pada 28 Julai 2004 (Rabu) , hujan turun renyai-renyai. Ramai manusia
yang berbondong-bondong keluar ke tempat lokasi untuk mencari helikopter
itu. Pada petangnya, dua orang polis udara ASP Ehsan dan DSP Lukman
terus mencari Tabib Hassan.
” Tolong kami ustaz, saya seram ni..Gunung Murut sudah hilang!!”
Rupa-rupanya
sepanjang hari mencari mereka tidak melihat helikopter itu, yang
dijumpai satu pokok manggis besar di tempat terjerumusnya heli itu,
buah-buahnya pula masak dan besar. Bila helikopter buat u-turn untuk
mendekati pokok manggis itu, pokok manggis itu ghaib pula.. bila mereka
pandang ke arah Gunung Murut, gunung itu turut hilang.. terus ASP Ehsan
mengarah pilot memecut helikopter mencari si Tabib.
Tabib memberitahu ASP Ehsan
” Nampaknya jin itu telah menutup helikopter itu semula!”
Kalau begitu marilah kita bersolat, baca Fatihah 4x, Ayat Qursi dan selawat pada Rasulullah SAW.
Akhbar-akhbar
tanggal 30 Julai 2004 Jumaat, melaporkan pada sepanjang malam itu [
Rabu 28 Julai, malam Khamis] 2 komando diturunkan dan tidur bersama
mayat, ada yang mengatakan pasukan Bomba – pemadam kebakaran – yang
menjumpai helikopter itu. Ada yang mengatakan ekor helikopter sahaja
dijumpai padahal di lokasi ekor dan badan helikopter ada bersama-sama.
Macam-macam khabar yang tidak sinonim disebarkan dengan apa yang
sebenarnya terjadi.
Hakikatnya,
sukar untuk menurunkan komando dalam cuaca yang gelap dan sejuk begitu,
tanah di situ pula agak curam dan bercerun, tiada tanah rata, agak
sukar membuat operasi menyelamat, apa lagi helikopter itu sedang ghaib
semula waktu itu!!
Padahal, sepanjang malam itu ASP Ehsan tekun berdoa bersama tabib-tabib semalaman agar dimudahkan segala usaha.
7.
Pada 29 Julai 2004 ( Khamis) , ASP Ehsan dan orang-orangnya lah yang
berjaya menemui helikopter malang itu dan mengangkat tujuh mayat yang
berada di situ ( tiada komando yang bermalam bersama mayat sebelum itu
seperti yang dilaporkan akhbar-akhbar utama di Semenanjung ).
Operasi
itu dilakukan waktu siang terang -benderang. Landing point helikopter
dibuat agak jauh dari tempat helikopter malang ditemui kerana tanahnya
yang curam.
Seorang anak buah ASP Ehsan, anggota penyelamat, membaca kata -kata ini di dinding helikopter yang ditemui
“ Mengapa lambat selamatkan kami?”..
Bayangkan
cuaca di Bario itu mencecah 10 darjah Celcius, tanpa bekal sedikitpun
makanan, jatuh di kawasan hutan yang sangat tebal dan bercuram.
Helikopter
itu langsung tidak terbakar, hanya ekornya yang patah. Jika terhempas
di gunung dalam keadaan petrolnya penuh mesti ia terbakar.
Pintu
helikopter terbuka lebar dan dua orang ditemui di luar helikopter,
termasuk mayat Allahyarham Kapten Shamsudin. Sementara mayat-mayat lain
sukar dikenali akibat reput dan mengalami dekomposisi yang teruk, mayat
Kapten Shamsudin mudah dikenali, walaupun reput, bau kapur barus cukup
kuat pada mayat itu.
Ada sejadah lapik solat yang tidak reput di sebelahnya, di keliling mayatnya sampah-sarap dan kayu-kayan disapu bersih.
Bila dirujuk pada Ustaz Ashaari dia menjawab
” Itulah petanda kehadiran jin-jin Islam”
Kapten
Haris menceritakan helikopter itu terletak elok, hanya ekor dan
kipasnya yang patah, pokok-pokok disekitarnya pun masih dalam keadaan
asal. Seolah-olah helikopter itu diletakkan di situ, dan jin-jin yang
bekerja mencantas dua pokok secara berperingkat hingga tinggal batangnya
sahaja untuk menggambarkan seolah-olah helikopter itu terhempas di
situ.
Aneh, helikopter dilaporkan terhempas dari altitud tinggi dengan petrol yang masih penuh di dalam tank tetapi langsung tak terbakar, hanya ekornya patah sedikit. |
Ahbar
berbahasa Cina dan Inggeris – Miri Daily News di Sarawak menemubual,
mengambil gambar individu-individu yang menolong dalam operasi mencari
helikopter hilang itu.
Akhbar -akhbar di Indonesia hanya melaporkan helikopter itu ditemui dengan pertolongan bomoh/dukun/pawang.
Tiada langsung berita mengenai Skylab pada akhbar utama di Semenanjung.
[Sistem
rohani dan ghaib itu jauh lebih hebat dari sistem akal. Alam ghaib
memang wujud..Alam perwalian, alam Roh, cuma kita yang terlalu sekular
ini sangat terpengaruh dengan fahaman Barat. Mana-mana yang berlainan
sedikit dari logik mudah sahaja dituduh sesat, menyesatkan, bid'ah dsb ]
Bila ditanya kepada Ustaz Ashaari oleh Skylab..” Apakah Ustaz didampingi jin?”
Beliau menjawab,”
Mendidik manusia cukup susah bahkan sering gagal, hebatnya saya kalau mampu menundukkan jin. Sejahat-jahat manusia itu sama dengan sebaik-baik Jin Islam.”
Dan
akhirnya, salah seorang Raja jin yang masuk Islam itu adalah yang
bernama Kalamung. Dia hatinya agak lunak dan mudah diajak berunding.
Namanya ditukar ke Abdul Jabir, nama yang dipilih dan diberi oleh
manusia yang telah berhubung dengannya melalui alam yang tidak
terjangkau akal.
Mana
mustahil, kaum Jin suatu hari nanti akan turut sama membantu manusia
sebagai sebahagian tentera Allah? seperti yang banyak berlaku
sebelum-sebelum ini.
Dipetik dari buku Kuasa Tuhan Mencabar Kuasa Manusia Di Bario
SKYLAB September 2004
Usahasama
team Skylab : Haji Abd Rahim Manaf, Hassan Mohd Zain, Mejar Dr Yusof
Abu Bakar, Dr Johari Alias, Dr Hanif Abd Rahman, Dr Abd. Rahim Tahir, Dr
Azlina Jamaluddin, Mejar Dr Abd Hamid Sujak, Dr Rohaya Dato’ Muhamad
Mayat di dalam helikopter. Mayat kapten terbaring di luar, menunjukkan seolah beliau masih hidup dan berjalan keluar setelah nahas |
0 komentar:
Posting Komentar