Kilang
Memproses Ular Untuk Di Jadikan Beg Tangan | Di rumah penyembelihan di
Indonesia, ular dibunuh kejam untuk mendapatkan kulitnya sebelum
dijadikan beg tangan, jaket dan kasut berjenama.Salah satu rumah
sembelih ular yang popular adalah di Kampung Cirebon, Indonesia.Di sana,
pekerja membunuh dan menanggalkan kulit ribuan ular setiap minggu.
Malah timbunan besar ular boleh dilihat berselerak di lantai untuk
dibersihkan.
Semua
ular dibunuh dengan mengetuk kepalanya menggunakan hulu parang sebelum
rahangnya dibuka untuk memasukkan paip.Reptilia itu kemudiannya diisi
dengan air hingga membengkak seperti
belon, manakala lehernya diikat ketat dan dibiarkan selama 10 minit atau
lebih.
Selepas
itu, kepala ular disangkut kepada pencangkuk daging dan perutnya
dibelah. Kulit haiwan berkenaan ditanggalkan mentah-mentah sebagaimana
orang melucutkan sarung tangan getah.Berikutan sifat semula jadinya,
kulit reptilia itu akan menggulung sendiri dan diletakkan di atas papan
sebelum dimasukkan ke dalam ketuhar pengering.
Kulit
haiwan itu juga dicelup mengikut gaya diingini dan dijemur di bawah
sinaran matahari sebelum dihantar ke tempat menyamak kulit
binatang.Sementara ular yang sudah dikupas dicampak bersama timbunan
reptilia sama dan senasib dengannya.
Haiwan
ini biasanya akan mati dalam tempoh dua hari akibat kejutan dan
dehidrasi.Ia bagaimanapun tidak disia-siakan begitu saja memandangkan
sesetengah masyarakat Indonesia percaya daging reptilia itu boleh
dijadikan ubat penyakit kulit, asma dan meningkatkan kejantanan.
Terkini, harga kos sebuah beg yang diperbuat daripada kulit ular adalah antara RM42 hingga RM84, bergantung kepada saiznya.
Namun,
apabila kulit ular sampai ke rumah fesyen Barat, harga material itu
boleh meningkat mendadak dan dijual sehingga RM13,000.
0 komentar:
Posting Komentar