Kaabah bukan
sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan
dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada
stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit.
Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana? KENAPA BEGITU?
Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.
Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di
dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi
yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek.
Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan
membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu
dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah. "Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan
kaki ke bulan, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai
sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah
yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.
"Bayangkan
anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di
tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar
dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh.. Bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah
zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat.
Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur
seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat
dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi
kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.
"Ini
telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk
membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tisu badan. Bermakna
bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke
seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat
lain di dunia ini," jelasnya. Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.
Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan
kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui
rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam
kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya.
Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini.
0 komentar:
Posting Komentar