#MH370:
INDONESIA KESAL DENGAN LAPORAN UTUSAN MALAYSIA | KUALA LUMPUR: Kedutaan
Besar Republik Indonesia (KBRI) kesal dengan laporan Utusan Malaysia
yang merujuk spekulasi dalam portal Cabal Times yang mengaitkan
Indonesia terlibat dalam gerakan ‘rahsia globalisasi’ atau pakatan Barat
yang mempunyai agenda tertentu.
Dalam
satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, pihak KBRI menegaskan
sejak pesawatMH370 hilang pada 8 Mac, pemerintah Indonesia merupakan
antara negara pertama menghulurkan bantuan dalam usaha mencari dan
menyelamat.
“Kedutaan
Besar lndonesia dengan tegas juga membantah tuduhan bahawa lndonesia
terlibat dalam gerakan “rahsia globalisasi” atau “koalisi barat” yang
memiliki agenda tertentu.
“Spekulasi
tersebut jelas tidak memiliki data dukung sama sekali dan hanya
menciptakan kebingungan publik. Terlebih lagi, tulisan tersebut juga
sangat melukai penumpang warga negara lndonesia, perasaan keluarga para
penumpang, termasuk yang sedang dalam kondisi teramat sulit dan
bersedih,” kata kenyataan tersebut.
KBRI juga menegaskan komitmen yang diberikan Indonesia kerana semangat ASEAN dan hubungan dengan Malaysia yang sangat rapat.
“lndonesia
juga akan terus memberikan dukungan dan kerjasamanya untuk mencari
pesawat tersebut hingga ditemukan,” kata kenyataan itu lagi.
Kenyataan
itu juga menjelaskan, lndonesia juga meminta agar spekulasi yang tidak
bertanggung jawab dihentikan kerana tidak membantu usaha mencari pesawat
MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) yang menjadi tujuan utama operasi
SAR melibatkan 25 buah negara.
Dalam
laporan Utusan Malaysia pada 17 Mac lalu, bertajuk “MH370 disembunyi di
pangkalan AS di Diego Garcia?” dimuatkan dakwaan portal Cabal Times
bahawa sekiranya spekulasi pesawat itu terbang ke pangkalan tentera AS
di Diego Gracia adalah benar, radar Indonesia sudah pasti mengesan
kedudukan pesawat tersebut.
Portal
itu juga mendakwa Indonesia akan berdiam diri tentang apa yang dikesan
pada radar mereka kerana negara tersebut dikatakan terlibat dalam
gerakan ‘rahsia globalisasi’ atau pakatan Barat yang mempunyai agenda
tertentu.
0 komentar:
Posting Komentar