#MH370:
TERIMA KASIH NEGARA JIRAN, INDONESIA | JIKA kecil tapak tangan, nyiru
kami seluruh rakyat Malaysia tadahkan’ tanda ucapan terima kasih yang
tidak terhingga kami seluruh rakyat Malaysia atas keprihatinan,
kerjasama, bantuan dan simpati kerajaan dan rakyat Indonesia terhadap
apa yang sedang kami rakyat Malaysia alami ketika ini.
Misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 pada 8 Mac lalu turut menjentik sanubari seluruh rakyat Indonesia yang sama-sama merasakan kedukaan atas apa yang sedang dilalui oleh Malaysia, sahabat terdekat yang harus dikongsi bersama.
Tidak hanya komitmen padu daripada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono serta pihak berkuasa Indonesia yang diberi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, malahan seluruh rakyat Indonesia sama-sama berkabung dan bersedih dengan apa sedang menimpa Malaysia pada saat ini.

Bahkan,
media-media tempatan termasuk media elektronik Indonesia turut memberi
liputan tentang misteri kehilangan MH370 sepanjang 24 jam. Lebih
menyentuh hati apabila pembaca berita meminta seluruh rakyat Indonesia
untuk sama-sama mendoakan kesejahteraan kesemua penumpang dan anak kapal
pesawat MH370, selain memohon kepada Tuhan agar memudahkan urusan
pencarian yang sedang giat diusahakan.
Indonesia menyedari negara sahabatnya sedang diuji dengan dugaan yang besar, dan Indonesia wajar menghulurkan salam kemanusiaan bagi meringankan beban yang ditanggung Malaysia kini. Susilo sendiri yang sibuk dengan urusan negara serta giat menjalankan kempen politik menjelang pilihan raya negara ini, masih sanggup meluangkan masa untuk bertanyakan khabar tentang laporan terbaru misteri kehilangan MH370 daripada Menteri Luarnya, Marty Natalegawa.

Presiden
Susilo difahamkan sendiri sentiasa memantau proses pencarian yang
dijalankan dengan bantuan beberapa negara termasuk Indonesia. "Yang saya
ketahui Presiden sentiasa memberi perhatian terhadap peristiwa
kehilangan pesawat Malaysia Airlines. Kita (Indonesia) membantu
kerja-kerja mencari dan menyelamat dan Kementerian Luar terus melaporkan
perkembangan tentang pencarian (pesawat MH370) kepada presiden," kata
Staf Khusus Presiden (Bidang Luar Negeri), Teuku Faizasyah seperti
dipetik sebagai berkata.
Pemerintah Indonesia turut membantu meringankan penderitaan dan kesedihan semua keluarga tujuh warga Indonesia yang menjadi penumpang pesawat itu dan menyalurkan maklumat dan perkembangan terbaru tentang operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 kepada keluarga berkenaan daripada pihak berkuasa Malaysia.

Menurut
Teuku Faizasyah, Presiden Susilo juga telah memberikan arahan kepada
Kementerian Luar untuk menghulurkan bantuan sebaik mungkin untuk
membantu keluarga terbabit. "Kita tidak bisa (boleh) berbuat banyak,
selain berharap yang terbaik.
Hingga saat ini, belum ada titik cerah, setidaknya kita memberi harapan ada suatu titik terang dalam masalah ini, paling tidak ada kejelasan untuk keluarga," katanya. Bantuan yang dihulur Indonesia juga merangkumi aspek ketenteraan dan kepolisian bersama-sama dengan negara-negara lain, yang amat dihargai oleh Malaysia.

Semoga
usaha yang digembleng secara bersepadu ini akan memberi manfaat yang
besar buat kedua-dua negara serumpun ini. ``Kita sedang dan akan terus
berusaha sebaik mungkin dengan dibantu kelengkapan dan peralatan yang
serba moden dan sofistikated untuk mencari dan menyelamatkan penumpang
MH370.
``Namun pada masa sama, kita juga memanjatkan doa kepadaNya untuk memudahkan urusan pencarian dan seterusnya memberikan petunjuk yang jelas berhubung kehilangan (pesawat MH370) ini,’’ katanya. - Utusan

0 komentar:
Posting Komentar