Seorang artis, Simon Beck
sanggup menghabiskan masa selama beberapa jam untuk menghasilkan
lingkaran misteri tanpa dibantu orang lain di sebuah pusat pelancongan
yang menjadi tumpuan penggemar sukan luncur salji di Savoie, Perancis.
Beberapa lingkaran misteri dihasilkannya mampu mencapai saiz sebesar
enam buah padang bola sepak dan ia dihasilkan secara terbalik kerana
proses yang rumit seperti perlu meredah laluan sukar serta bersalji.
“Saya
menggunakan kompas untuk membuat lakaran dan titik utama corak
lingkaran itu. Dan ia dihasilkan dengan hanya berjalan sambil memakai
kasut salji,” katanya.
Difahamkan,
tujuan utama projek seni tersebut dilakukan adalah untuk menyembuhkan
kakinya, iaitu dengan cara berjalan di atas salji. Jom kita tengok
gambar menarik lingkaran misteri yang dihasilkan oleh Simon Beck di permukaan gunung salji.
0 komentar:
Posting Komentar