Kisah ini diceritakan oleh Ustaz Nahrawi (bukan nama sebenar) tentang kisah isteri derhaka seorang rakannya yang bernama Arifin (bukan
nama sebenar). Semoga dapat kita ambil iktibar dan tauladan. Benar atau
tidak kisah ini, hanya Allah sahaja yang tau. Apa yg lebih penting,
kita ambil iktibar dan pengajaran daripada kisah ini..
|
Gambar hiasan: Rupa isteri derhaka yang sudah berubah menjadi hodoh.. |
Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih Tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya Merasa terlalu seronok.
“Eh, makin kurus nampak. Diet ke?” kata saya setelah mempersilakannya Duduk.
“Tak
adalah. biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja.
Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah. badan gemuk pun boleh jadi
Tinggal tulang,” balas Arifin.
“Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar pun longgar,” Tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa Kurusnya dia dan besarnya baju yang di pakai.
Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja Muncul, pasti ada hajat yang hendak di sampaikan.
“Orang rumah saya sakitlah, ustaz”, kata Arifin.
“Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun hendak Tak hendak. Sakit apa?” saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawab.
Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di
Kerusi. Setelah itu disorotnya mata saya dalam-dalam.
“Entahlah.” katanya perlahan,
”Lima
tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh. Di kaki, Paha,
perut, dibelakang. penuh dengan lepuh macam orang terkena air Panas,”kata Arifin.
Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya, Niza, ke Serata hospital dan klinik, namun ubat yang di beri oleh doktor tidak dapat melegakan penyakitnya.
“Sakit apa, doktor pun tak tau,”tambahnya.
“Dah pergi berubat kampung?”saya bertanya.
“Dah,tapi
macam biasalah. bomoh, cakap kena buat orang, terceroboh Kawasan orang
bunian., sampuk. macam-macam lagi. Duit banyak habis, Masa terbuang,
tapi sakitnya tak juga sembuh,” jelas Arifin.
Malah,
kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula Hingga
tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang Cantik juga
berubah murung, kusut
“Itu
masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya, Setelah
beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan
Berbintil-bintil macam katak puru,” tambah Arifin.
Akibatnya, sekali lagi Niza menderita
kerana selepas tubuhnya hodoh Akibat sembab, seluruh kulitnya yang dulu
licin menjadi jelik. Dari tangan, bintil-bintil kecil dan besar seperti
bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka.
Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat.
Memang
ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek. Ramai yang menyindir
di belakang, tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara
berhadapan.
Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah
parah. Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut
yang lembut mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala
yang memutih. Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an,
rambutnya seperti wanita berumur 90an. Seperti daun getah luruh di musim
panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam
waktu yang sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam. Daripada
biru, ia bertukar kehitaman seperti di penuhi darah beku.
“Tiap
hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni. Kenapa
dia, bukan orang lain? Apa salah dia? Kasian betul saya tengok,” kata Arifin. Wajahnya sayu
“Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu”.
Di sebabkan doktor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa isterinya ke Singapura. Hampir
sebulan mereka di sana dan banyak wang di habiskan namun pulang dengan
hati kecewa. Doktor di negara itu juga tidak dapat mencari penawar
keadaan penyakit berkenaan.
“Sekarang
ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja dia
meraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi, saya harap ustaz dapatlah
tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara
moden,” tambah Arifin.
“InsyaAllah.” Balas saya.
Tapi
saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana
berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang
meracau dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah
dia meluahkan segala yang terbuku di hati.
“Apa yang dia cakap masa meracau tu?”
“Macam-macam
ustaz. tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya. Saya tanya
kenapa?. Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah. orang dah sakit
memang macam tu,” kata Arifin.
Saya
cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak. Setelah
berbincang lama, dia meminta diri . Sebelum pulang, saya berjanji untuk
ke rumah Arifin pada malam esoknya.
“Datang ya, ustaz . Saya tunggu,” katanya sambil mengangkat punggung.
Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti yang dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak.
“Jemput masuk ustaz,”Arifin mempelawa sambil membawa saya ke sebuah bilik.
“Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia. Orang rumah saya ni sensitif sikit,” bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan.
Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring mengiring mengadap ke dinding.
“Za. Ni Ustaz Nahrawi datang,” kata Arifin perlahan sambil memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh. MasyaAllah memang keadaan Niza sangat
menyedihkan. Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu.
Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti
bongkah batu yang membayang dipermukaan tanah. Badannya pula kurus
cengkung dan kepala separuh botak menandakan dia sudah lama menderita. Niza cuma tersenyum tawar memandang saya. Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik.
Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya; ”Pin, saya nak tanya sikit, tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung”.
“Tak adalah,ustaz. Tanyalah, saya tak kisah,” jawab Arifin.
“Err,. dari mana datangnya bau yang.” soal saya, tapi tak sanggup nak menghabiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk.
“Ooo. mmm, dari alat sulit dia,” kata Arifin perlahan.
“Keluar lendir bercampur nanah.”
Saya
tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukan Arifin
dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal- hal yang
seperti itu.
Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin,
kadangkala di timpa penyakit sebegini sengaja di turunkan balasan oleh
Allah kerana ada melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa.
Lantas saya bertanya, adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.
“Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya pun sudah.”
“Kalau macam tu, baguslah,”kata saya.
Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran, saya meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga mereka supaya bersabar dengan ujian Allah.
“Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh,” kata saya sebelum meninggalkan rumah Arifin.
Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah parah. Perkara ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya.
Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan. Malah saya pun tidak dikenalinya lagi.
Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya
melakukan solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan
isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa hari kemudian Arifin menelefon lagi. Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis.
“Ustaz,” katanya,
“Sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu ustaz”
“Kenapa?” pantas saya bertanya…
“Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan segala-galanya”. Arifin menyambung ceritanya;
Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya.
Saya tanya “Kenapa?”
Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain.
“Tambah
saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku
curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya
ditundukkan dengan ilmu hitam.”
Saya
tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak
kiralah semasa saya bertugas di luar daerah. Semasa keluar seorang diri,
dia telah membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki.
“Niza
sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza,
hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap zina.
Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya. Dia minta saya maafkan.”
Saya
tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri, racun yang dibalasnya.
Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya jadi hilang
pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak
membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan.” Kata Arifin tanpa sanggup menghabiskan kata-katanya. Termenung saya mendengar ceritanya itu.
Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok.
“Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia,” kata saya.
Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi.
Kata saya, “mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu.”
“Lagipun,
dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang, kepala pun
dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat
disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab
menanggung seksaan sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan
saja dia pergi.
Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa.”
“Ampunkan dia?” Arifin bertanya balik.
“Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mau saya maafkan dia?” tingkah Arifin dengan suara yang agak keras.
Mungkin dia terkejut.
“Ya. dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala,” jelas saya. Saya terus memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi adalah lebih baik Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah.
“Takkan
awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia? Maki dia? Tak ada
gunanya. Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar ikhlas,” jelas saya.
Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin (salaamun qaulam mirrabir rahim) sebanyak tujuh kali.
“Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat,” kata saya. Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi.
“Tapi
Alhamdulillah, sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya
sekali lagi kerana menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila dia pegang
tangan saya sambil menangis dan kemudian minta ampun, tidak sanggup
juga rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan
daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia.”
“Namun
demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir
daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya
dikebumikan.”
Kepada
wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini. Kepada lelaki,
hati-hatilah dalam memilih isteri, jangan pandang hanya pada rupa.
Wallahualam.