.jpg)
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia.” (Surah Maa’idah: 97)
Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi. Sebenarnya di dalam Al-Quran terlebih dahulu membicarakan perkara ini, sebagai hamba Allah yang diberikan akal fikiran perlulah meneliti dan berfikir disebalik rahsia-rahsia yang terkandung didalam ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim.
Diantara Kalam-kalam Allah Ta’ala mengenai Mekah Pusat Bumi
Firman Allah yang bermaksud:
“Demikianlah Kami wahyukan kepadamu al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Mekah) dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya (negeri-negeri di sekelilingnya).” (asy-Syura: 7)
Kata “Ummul Qura” bererti
induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya, menunjukkan
Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di
sekelilingnya.
Lebih dari itu, kata “ummu” (ibu)
mempunyai erti yang cukup penting dan luas di dalam peradaban Islam.
Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Mekah juga
merupakan sumber dari semua negeri lain serta keunggulan di atas semua
kota.
.jpg)
Allah berfirman lagi yang bermaksud:
“Wahai jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya kecuali dengan kekuatan (ilmu pengetahuan).” (ar-Rahman: 33)
Kata “aqthar” adalah bentuk jamak dari kata “qutr” yang bererti diameter, dan ia mengacu pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter.
Berdasarkan
ayat ini dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di
atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi). Jika Mekah berada di
tengah-tengah bumi, dengan itu bererti bahawa Mekah juga berada di
tengah-tengah lapisan-lapisan langit.
Selain
itu ada hadis yang menerangkan bahawa Masjidil Haram di Mekah, tempat
kaabah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh
lapisan yang membentuk bumi.
Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya: “Wahai orang-orang Mekah, wahai orang-orang Quraisy , sesungguhnya kamu berada di bawah pertengahan langit.”
Berdasarkan
penelitian di atas, bahawa Mekah berada pada tengah-tengah bumi (pusat
dunia), maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Mekah, bukan
Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia. – (Dipetik dari Eramuslim “Makkah Sebagai Pusat Bumi” Oleh Dr. Mohamad Daudah)
.jpg)
Neil Amstrong membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi, sedangkan Al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu telah berbicara mengenai kota Mekah dan kaabah adalah pusat bumi ini.
Ketika kali pertama Neil Amstrong melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, “Planet Bumi ternyata bertumpu di area yang sangat gelap, dan di manakah ia berpusat?.” Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.
Para angkasawan telah menemui bahawa planet Bumi itu mengeluarkan satu radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet,
tetapi sayangnya 21 hari kemudian website tersebut hilang dan seperti
ada alasan tersembunyi di sebalik penghapusan lama web tersebut.
Setelah
melakukan penelitian lebih lanjut, ternyatalah radiasi tersebut
berpusat di kota Mekah, dan tepatnya berasal daripada Kaabah. Yang
mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir).
Perkara ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi
tersebut masih berlanjutan. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa
radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Kaabah di
planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.
.jpg)
Di
tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, terdapat suatu area
yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, di mana apabila kita mengeluarkan
kompas di kawasan tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan
bergerak sama sekali kerana daya tarikan yang sama besar antara kedua
kutub .
Itulah
sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka dia akan hidup lebih
lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan
graviti. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Kaabah, maka
seakan-akan diri kita dicas oleh suatu tenaga misteri yang menyebabkan
kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang
telah dibuktikan secara ilmiah.
Penelitian
lainnya menyatakan bahawa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di
dunia dan juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di negara
Inggeris, terdapat tiga buah potongan batu tersebut (dari Kaabah) dan
pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan
berasal dari sistem suria kita.
.jpg)
Rasulullah SAW bersabda:
“Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.” (Jami’ al-Tirmidzi al-Hajj)
“Hajar Aswad dari batu-batuan Syurga dan tidak ada suatu benda di bumi yang turunnya dari Syurga selain batu itu.” (HR. Thabrani)
0 komentar:
Posting Komentar